DOA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN GIRU MUDA 1 MALAYSIA ( GM1M ) PERINGKAT
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Segala puji-pujian kepadaMu Yang
Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa. Pada hari ini, kami menzahirkan rasa syukur
terhadap segala nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami, kerana dengan
takdirMu jualah telah mengizinkan kami untuk berhimpun bagi menjayakan Majlis
Pelancaran Guru Muda 1 Malaysia ( GM1M ) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Justeru kami mengharapkan keredhaanMu dalam apa jua yang kami
laksanakan. Kami mengharapkan keberkatan dariMu dalam memperoleh rezeki yang
halal lagi baik. Kami mengharapkan kerahmatan dari sisiMU dari usaha-usaha yang
baik.
Ya Allah Ya Aziz Ya Ghaffar
Sesungguhnya kami mengharapkan
perhimpunan ini akan memberi impak yang berguna kepada kami sebagai pendidik
muda yang menjadi pemangkin sekaligus merupakan penyumbang kepada tranformasi
pendidikan Negara. Sesungguhnya Guru Muda 1 Malaysia adalah bertujuan
mengukuhkan lagi profesion perguruan di Negara ini di samping memberi tumpuan
utama untuk membina Negara bangsa dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia. Sesungguhnya, Himpunan GM1M ini juga adalah untuk merapatkan barisan guru muda untuk
bersama-sama KPM dalam memacu dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 di samping untuk menghargai sumbangan guru muda
sebagai penggerak dan pemacu keberhasilan PPPM, selain untuk memberi peluang
dan ruang kepada mereka untuk menyumbang idea, kreativiti, inovasi, bakat dan buah
fikiran.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal alamin
Jadikanlah usaha kami ini,
sebagai wahana untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami, betapa besarnya
pengorbanan, tanggungjawab dan amanah yang dipikul di bahu seorang pendidik
yang perlu diterjemahkan untuk mengecapi kebahagian dan kesejahteraan semua,
disamping demi mencapai hasrat yang di cita-citakan selari dengan PPPM
2013-2025.
Ya Allah jadikanlah perhimpunan
kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan di rahmati. Dan jadikanlah perpisahan
kami selepas ini sebagai perpisahan yang engkau pelihara dari merbahaya dan
keburukan. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan kami
nyatakan. Semoga Engkau terima keuzuran kami. Engkau mengetahui hajat kami.
Semoga engkau kabulkanpermohonan kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan