Create your own banner at mybannermaker.com!

Isnin, 28 Oktober 2013

Karnival Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Kuala Lumpur

Karnival Inovasi dalam PdP diadakan pada 29 Oktober 2013 bersamaan hari Selasa mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di SK Kiaramas Kuala Lumpur. Tema Karnival ini ialah Inovasi PdP Penggerak Transformasi. Perasmian dilakukan oleh  En Abdullah Bin Mad Yunus iaitu Pengarah Pendidikan JPWPKL. Karnival ini dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Akademik JPWPKL.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Boleh LIKE FB GM1M


FaceBook GM1M adalah saluran maklumat dan medium komunikasi seluruh guru muda di Malaysia. Sesiapa sahaja boleh 'LIKE" FB GM1M.

Doa GM1MKL




DOA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN GIRU MUDA 1 MALAYSIA ( GM1M ) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


Segala puji-pujian kepadaMu Yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa. Pada hari ini, kami menzahirkan rasa syukur terhadap segala nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami, kerana dengan takdirMu jualah telah mengizinkan kami untuk berhimpun bagi menjayakan Majlis Pelancaran Guru Muda 1 Malaysia ( GM1M ) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Justeru kami mengharapkan keredhaanMu dalam apa jua yang kami laksanakan. Kami mengharapkan keberkatan dariMu dalam memperoleh rezeki yang halal lagi baik. Kami mengharapkan kerahmatan dari sisiMU dari usaha-usaha yang baik.

Ya Allah Ya Aziz Ya Ghaffar
Sesungguhnya kami mengharapkan perhimpunan ini akan memberi impak yang berguna kepada kami sebagai pendidik muda yang menjadi pemangkin sekaligus merupakan penyumbang kepada tranformasi pendidikan Negara. Sesungguhnya Guru Muda 1 Malaysia adalah bertujuan mengukuhkan lagi profesion perguruan di Negara ini di samping memberi tumpuan utama untuk membina Negara bangsa dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sesungguhnya, Himpunan GM1M ini juga adalah untuk  merapatkan barisan guru muda untuk bersama-sama KPM dalam memacu dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di samping untuk menghargai sumbangan guru muda sebagai penggerak dan pemacu keberhasilan PPPM, selain untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk menyumbang idea, kreativiti, inovasi, bakat dan buah fikiran. 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal alamin
Jadikanlah usaha kami ini, sebagai wahana untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami, betapa besarnya pengorbanan, tanggungjawab dan amanah yang dipikul di bahu seorang pendidik yang perlu diterjemahkan untuk mengecapi kebahagian dan kesejahteraan semua, disamping demi mencapai hasrat yang di cita-citakan selari dengan PPPM 2013-2025.
Ya Allah jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan di rahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang engkau pelihara dari merbahaya dan keburukan. Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan kami nyatakan. Semoga Engkau terima keuzuran kami. Engkau mengetahui hajat kami. Semoga engkau kabulkanpermohonan kami.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Sumbangan GM1MKL kepada 4PSM


Pada 11-13 Oktober 2013, wakil GM1MKL iaitu En.Nasran Hj Rushdi telah menghadiri Bengkel Profesionalisme  4PSM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Transformasi Laluan Guru Siswazah yang bertempat di Genting View. Resolusi telah dibincang dan dibentangkan oleh para peserta yang dijemput khusus oleh pihak 4PSM. Seterusnya objektif bengkel berjaya diperolehi.

Rabu, 9 Oktober 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

GM1MKL akan merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dijayakan sepenuhnya.

Ikrar GM1MKL

GM1MKL Melafazkan Ikrar

Ikrar dilafazkan menandakan kesanggupan seluruh penyelaras GM1MKL untuk bertanggungjawab,sedia memberi sumbangan dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.